Analisis komponen Standard Guru Malaysia ke arah melahirkan guru Malaysia yang bertaraf dunia

 Kerangka Standard Guru Malaysia terbahagi kepada 3 komponen utama:

  • Komponen Standard (S).
  • Komponen Keperluan (K).
  • Komponen Asas Penentuan Standard dan Keperluan.
Matlamat Kerangka Standard Guru Malaysia adalah untuk melahirkan Guru Malaysia yang unggul dan untuk membangunkan modal insan bertaraf dunia. 



Komponen Standard (S) bagi S1 ialah Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru. Seterusnya bagi S2 pula bermaksud Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Akhir sekali, S3 pula memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru.

 

Komponen Keperluan (K) juga terbahagi kepada beberapa bahagian. K1 bermaksud keperluan memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan. Seterusnya K2 pula memberi maksud keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian. Di samping itu, terdapat juga K3 yang membawa maksud keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan. 

 

Seterusnya, K4 ialah keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan. Akhir sekali ialah K5 iatu keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategik, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan. Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.

 

Komponen seterusnya adalah Guru Kompeten yang memberi maksud guru yang mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah pengajaran dengan baik. Seorang guru perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang bidangnya. Interaksi dua hala antara guru dengan murid dan murid dengan guru memainkan peranan penting supaya isi pelajaran dapat disampaikan serta difahami oleh murid. Antara ciri-ciri guru kompeten ialah mempunyai kemahiran pertuturan antara murid yang bagus dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tentang mata pelajaran yang diajar.

 

Modal Insan Unggul ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh manusia yang menyebabkan mereka lebih produktif. Modal ini tidak boleh dipindahkan kepada seseorang kepada seseorang yang lain tetapi seseorang perlu melabur untuk menpendapatkannya. Ia dibentuk atau dipupuk melalui pelaburan terhadap pendidikan, latihan sebelum bekerja, latihan semasa bekerja, kesihatan, penghijrahan dan usaha mencari maklumat yang dapat meningkatkan taraf hidup seseorang. Dalam pada itu, pembangunan modal insan unggul pula merupakan suatu proses bertujuan untuk melahirkan jiwa yang bertaqwa. Ketiadaan jiwa yang bertaqwa akan mengakibatkanfungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh. Disamping itu, pembangunan modal insan unggul juga adalah pembangunan yang penuh dengan keinsanannya. Ia harus dilengkapi dengan pembangunan jiwa, hati dan naluri bagi melahirkan insan yang ada sifat keinsanan.

Comments

Popular posts from this blog

Falsafah Pendidikan Guru sebagai teras kepada pembentukan pemikiran dan amalan guru-guru dari aspek pengetahuan, keterampilan, sahsiah dan etika guru

Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan kandungannya secara yang tersurat dan tersirat

Analisis kriteria kerjaya guru sebagai profesional dalam perkhidmatan awam