Falsafah Pendidikan Guru sebagai teras kepada pembentukan pemikiran dan amalan guru-guru dari aspek pengetahuan, keterampilan, sahsiah dan etika guru
Falsafah pendidikan guru (FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan
bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPG menjelaskan jenis
guru yang diperlukan oleh negara kita. Sebagaimana yang terkandung di dalam FPG
ialah guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjujung aspirasi negara serta menyangjung warisan budaya negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Matlamat penubuhan FPG yang pertama adalah
untuk membina guru yang berakhlak mulia, berilmu kreatif dan berdaya tahan yang
boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan. Guru-guru haruslah
mempunyai sahsiah terpuji dan sentiasa menunjukkan contoh yang terbaik kepada
pelajar. Guru-guru juga haruslah mempunyai pengamalan nilai moral yang tinggi
justeru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. Melalui matlamat FPG yang
pertama, kita dapat melihat relevensi FPG dalam pembentukan dan amalan
perguruan di Malaysia. Setiap guru haruslah sentiasa menunjukkan sikap dan
nilai-nilai yang baik kepada pelajar. Bukan hanya dengan memaparkan perkara
positif, guru juga harus mengamalkan perkara tersebut. FPG dapat menjadi garis
panduan kepada pendidik-pendidik negara dalam mencapai hasrat tersebut.
Menurut Cruess,
Johnston & Cruess (2004), profesion ialah pekerjaan yang melibatkan
penguasaan pengetahuan dan kemahiran komplek. Ahli sesuatu profesion berpegang
kepada kod etika dan komited memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada
masyarakat yang disifatkan sebagai satu perjanjian antara profesion berkenaan
dengan masyarakat. Manakala profesionalisme ialah penguasaan terhadap ilmu
pengetahuan secara mendalam,menunjukkan kreativiti dan inovasi ke atas bidang
yang diceburi serta berfikiran positif dengan menyanjung tinggi etika dan
integrasi profesion. Ini dapat dirumuskan bahawa professional merupakan satu
peringkat dimana seseorang itu dapat menguasai kemahiran dan ilmu intelek
sehingga mampu membuat perkara yang memanfaatkan masyarakat dan negara.
Terdapat beberapa kriteria guru professional seperti ilmu professional guru,
kemahiran dan nilai dan sahsiah guru. Dalam konteks Falsafah Pendidikan (FPK),
cabang falsafah epistemologi merangkumi perolehan pengetahuan, keilmuan dan
keterampilan untuk kesejahteraan dan kemakmuran kehidupan manusia. Ini
menunujukkan bahawa FPK menitikberatkan pendidikan yang berteraskan kehidupan
warganegara Malaysia. Shulman (1986), menyatakan beberapa kategori pengetahuan
yang mesti dihayati dan dikuasai untuk menjadi guru professional iaitu
pengetahuan tentang pedagogi umum, kandungan subjek, pedagogi kandungan subjek,
kurikulum, pelajar, konteks pendidkan dan falsafah, matlamat, tujuan dan nilai
pendidikan. Oleh itu, seorang guru memerlukan menjalani tempoh pengajian di
institusi pendidikan guru dalam tempoh 4-5 tahun untuk mendalami komponen
pengetahuan dan kefahaman tentang kategori tersebut.
Seterusnya, nilai
dan sahsiah guru. Nilai adalah sesuatu yang merujuk kepada amalan nilai-nilai
murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan,
patriotik, inovatif, kreatif, motivatif dan patuh kepada Etika Profesionalisma
Keguruan. Justeru itu, apabila sistem pendidikan di negara ini cuba menerapkan
nilai positif dalam kalangan individu, nescaya dapat melahirkan individu yang
mempunyai akhlak yang baik dan jati diri yang tinggi. Hal ini
demikian dikatakan kerana hanya guru merupakan pakar yang terlatih untuk
mewariskan pengetahuan, kemahiran, nilai, kebudayaan dan kepercayaan kepada
generasi yang seterusnya. Sebagai contohnya, guru mata pelajaran. Selain itu,
dalam konteks perguruan, etika yang dipegang oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia ialah “Tatasusila Profesion Keguruan”. Etika tersebut menjadi garis
panduan dan dasar yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan.
Seseorang yang melanggar etika tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib dan
dikenakan hukuman sewajarnya.
Disamping itu,
kemahiran guru. Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran mengurus bilik
darjah, menggunakan metodologi pengjaran, membina dan mengguna bahan bantu
pengajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu guru juga mesti mempunyai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran
teknologi, professional, komunikasi, interpersonal dan intrapersonal. Misalnya
kemahiran berkomunikasi, guru dikehandaki menguasai kemahiran berkomunikasi
dari segi lisan dan bertulis agar dapat menyampaikan maklumat atau ilmu dengan
berkesan. Kemahiran berkomunikasi yang berkesan membolehkan murid-murid
mengikuti pelajaran dengan tepat dan berkesan sertia tidak akan keliru atau
salah faham apa yang disampaikan oleh guru.
Kesimpulannya,
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) telah menjadi acuan yang berkesan untuk
meletakkan kriteria guru unggul yang mencakupi pengetahuan, kemahiran, nilai,
sahsiah dan kemasyarakatan. Oleh itu, setiap individu yang bakal bergelar guru
haruslah menghayati dan mengamalkan Falsafah Pendidikan Guru agar kita mampu
meningkatkan tahap pendidikan negara setaraf dengan negara maju di dunia.
Comments
Post a Comment