Analisis kriteria kerjaya guru sebagai profesional dalam perkhidmatan awam
KOD ETIKA PROFESIONALISME KEGURUAN
- Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal peribadi.
- Bersikap adil terhadap murid tanpa mengiria faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
- Menunjukkan satu cara pemakaian, pertuturan, dan tingkahlaku yang dapat memberi contoh yang baik kepada murid.
- Memelihara dan memperbaiki tahap kecekapan ikhtisas menerusi penyelidikan, lawatan, menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, seminar atau mesyuarat supaya pengajaran mencapai kualiti yang tinggi.
- Membimbing dan mengajar seseorang murid tanpa sebarang bayaran.
- Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat itu secara teliti dan bijaksana.
- Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa murid.
- Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara institusi pendidikan dengan rumahtangga dan menganggap semua maklumat yang diberi oleh ibu bapa tentang anak mereka adalah sulit, dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.
- Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
- Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
- Berpegang kepada tingkah laku yang sopan dan di terima oleh masyarakat, dan menjalani kehidupan sehari-hari yang baik.
- Memberi sumbangan untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan, kecendekiawanan masyarakat.
- Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidkan dengan masyarakat.
- Menghormati masyarakat di tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan mengambil bahagian dalam kegiatan kemasyarakatan.
- Elakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat, negara atau bertentangan Rukun Negara.
- Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik guru di hadapan murid atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjejaskan maruah seseorang guru.
- Berusaha menunaikan tangungjawabnya dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru.
- Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru memceburi profesion keguruan.
KEPK menyediakan suatu garis panduan bagaimana untuk bertingkah laku dan bertatasusila yang selayaknya dalam profesion keguruan. Dalam perkhidmatan pendidikan terdapat perkara yang jelas garis pemisahnya sama ada boeh dilakukan atau tidak boleh dilakukan oleh guru-guru. Terdapat juga perkara yang samar-samar atau kabur untuk tindakan dilakukan. Oleh itu, satu garis panduan adalah perlu dirujuk. Justeru, kod etika telah menyatakan dengan tepat dan jelas tentang tingkah laku yang bagaimana sepatutnya menjadi amalan guru-guru ketika menjalankan perkhidmatannya.
KEPK menyatakan dengan jelas tentang peranan dan tangungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Oleh itu, guru lebih tahu dan sedar tentang peranan dan tangungjawab yang mesti dilaksanakan.
Kandungan KEPK di sesebuah negara adalah berbeza. Dengan membuat perbandingan, guru dapat melihat keunikan KEPK yang terdapat di Malaysia. Perkara ini dapat menimbulkan rasa hormat terhadap profesion dan seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing.
KEPK yang didokumenkan membolehkan usaha menyemak semula amalan yang dilakukan dari masa ke semasa. Satu petanda kecemerlangan sesuatu profesion ialah sejauh manakah kod etikanya dapat dipertahankan dan dikuatkuasakan.
Dengan adanya KEPK, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion keguruan secara rasmi. Masyarakat dapat melihat dan menghayati tanggungjawab guru yang sebenar (skop dan beban) di samping menyedari tangungjawab sendiri dalam membantu guru mencapai matlamat pendidikan negara.
Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, memelihara dan meningkatkan kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dalam mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi.
Comments
Post a Comment