Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan kandungannya secara yang tersurat dan tersirat
SEJARAH PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia. Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju pendidikan guru di Malaysia iaitu:
- Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi mengembangkan lagi potensi murid titik melahirkan murid.
- Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.
PENYATAAN KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Pendidikan guru di Malaysia adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung warisan negara serta menyanjung aspirasi kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
KETERANGAN KANDUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Bepekerti mulia Guru yang bersedia meletakkan kepentingan utama kepada pihak atau orang lain (murid, ibu bapa, masyarakat dan negara) melebihi diri sendiri dan keluarga. Sebagai contoh, guru sentiasa memberi pertolongan secara ikhlas walau apa jua keadaan tanpa mengharapkan balasan.
Berpandangan progresif dan saintifik Guru yang sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif. Guru mempunyai minda yang kehadapan dan sentiasa memperkembangkan pengetahuan dan kemahirannya. Sentiasa berusaha mencari dan mengguna idea, kaedah dan bahan baru dalam melaksanakan bidang tugas. Contohnya guru sentiasa berusaha mempelbagaikan teknik mengajar untuk memastikan keberkesanan PDP sentiasa lancar dan mudah difahami oleh murid-murid.
Bersedia menjunjung aspirasi negara Guru yang sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai yang terpenting dan utama. Mendahulukan kepentingan negara dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan. Contohnya ialah guru sentiasa taat akan arahan dan mengutamakan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menyanjung warisan kebudayaan negara Meletakkan diri sebagai role model untuk mengelakkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada murid, ibu bapa dan masyarakat. Contohnya ialah guru sentiasa menjaga kelakuan sepanjang masa.
Menjamin perkembangan individu Sentiasa memberikan keutamaan dan memastikan setiap murid diberikan peluang untuk kembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, secara terbimbing dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti kokurikulum. Contohnya ialah murid bebas memilih subjek elektif, aktiviti kokurikulum dan mengemukakan idea yang bernas.
Comments
Post a Comment