Posts
Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan kandungannya secara yang tersurat dan tersirat
- Get link
- X
- Other Apps
SEJARAH PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MALAYSIA Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia. Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju pendidikan guru di Malaysia iaitu: Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi mengembangkan lagi potensi murid titik melahirkan murid. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat. Sehubungan itu pada tahun 1982, Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru dengan rasminya. Objektif utama Falsafah Pendidikan Guru tersebut didokumentasikan adalah untuk menjadi rujukan, pa...
Falsafah Pendidikan Guru sebagai teras kepada pembentukan pemikiran dan amalan guru-guru dari aspek pengetahuan, keterampilan, sahsiah dan etika guru
- Get link
- X
- Other Apps
Falsafah pendidikan guru (FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPG menjelaskan jenis guru yang diperlukan oleh negara kita. Sebagaimana yang terkandung di dalam FPG ialah guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjujung aspirasi negara serta menyangjung warisan budaya negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Matlamat penubuhan FPG yang pertama adalah untuk membina guru yang berakhlak mulia, berilmu kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan. Guru-guru haruslah mempunyai sahsiah terpuji dan sentiasa menunjukkan contoh yang terbaik kepada pelajar. Guru-guru juga haruslah mempunyai pengamalan nilai moral yang tinggi justeru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. Melalui matlamat FPG yang pertama, kita dapat melihat relevensi FPG dalam pembentukan dan amalan ...
Analisis kriteria kerjaya guru sebagai profesional dalam perkhidmatan awam
- Get link
- X
- Other Apps
KOD ETIKA PROFESIONALISME KEGURUAN Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang tersendiri. Setiap guru dikehendaki mematuhi kod etika keguruan bagi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion keguruan. KOMPONEN KOD ETIKA PROFESIONALISME KEGURUAN T anggungjawab guru terhadap pelajar Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal peribadi. Bersikap adil terhadap murid tanpa mengiria faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama. Menunjukkan satu cara pemakaian, pertuturan, dan tingkahlaku yang dapat memberi contoh yang baik kepada murid. Memelihara dan memperbaiki tahap kecekapan ikhtisas menerusi penyelidikan, lawatan, menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, seminar atau mesyuarat supaya pengajaran mencapai kualiti yang tinggi. Membimbing dan mengajar seseorang murid tanpa sebarang bayaran . Tanggungjawab guru kepada ibu bapa Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan makl...
Analisis komponen Standard Guru Malaysia ke arah melahirkan guru Malaysia yang bertaraf dunia
- Get link
- X
- Other Apps
Kerangka Standard Guru Malaysia terbahagi kepada 3 komponen utama: Komponen Standard (S). Komponen Keperluan (K). Komponen Asas Penentuan Standard dan Keperluan. Matlamat Kerangka Standard Guru Malaysia adalah untuk melahirkan Guru Malaysia yang unggul dan untuk membangunkan modal insan bertaraf dunia. Komponen Standard (S) bagi S1 ialah Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru. Seterusnya bagi S2 pula bermaksud Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru. Akhir sekali, S3 pula memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru. Komponen Keperluan (K) juga terbahagi kepada beberapa bahagian. K1 bermaksud keperluan memperincikan syarat dan kriteria serta pros...